Muat Turun “Arena Mat” Eksklusif Percuma dan Mula Sekarang!
Video Cara Bermain
Peraturan Permainan
Tak ada masa nak tengok video? Ini semua yang kamu perlu tahu!
- Kumpulkan 5 kad dalam Zon Menang.
- Kalahkan kad pihak lawan dengan kurangkan HP kad aktif pihak lawan.
- Siapa berjaya kumpul 5 kad di Zon Menang, dialah pemenang.
- Bina dek dengan 30kad(2 maksimum Kad Sokongan(Kekal)) + 3 kad OSOM.
- Ambil 3 kad dari dek dan pegang ditangan.
- Pilih 1 kad OSOM untuk tentukan giliran dengan pihak lawan
- Tunjuk Kad OSOM yang dipilih secara serentak dengan pihak lawan untuk menentukan giliran menyerang.
- Guna Kad Sokongan di antara serangan
- Kad lawan yang ditewaskan masuk ke "Zon Menang".
- Kad yang ditewaskan dan kad sokongan yang telah digunakan di masukkan ke "Zon Kalah".
- Kumpul 5 kad dalam Zon Menang = MENANG!!🏆.
Panduan Permainan Penuh
Kad Aktif
Kad utama untuk menyerang lawan. Mesti letak 1 kad di Zon Aktif setiap pusingan. Ada 2 jenis:
Kad Biasa: Boleh letak bila-bila masa
Kad Bersyarat: Hanya boleh letak bila syarat sudah dipenuhi
Kad Sokongan/
Sokongan(Kekal)
Kad Sokongan digunakan selepas Osom Pertama jika lawan belum dikalahkan.
Biasa: Efek hanya untuk pusingan tersebut, kemudian masuk Zon Kalah.
Kekal: Efek berterusan sehingga diganti dengan Kad Sokongan baru. Efek tidak boleh ditiru/disedut/dibatalkan oleh kad lain.
HP Marker
Kad HP Marker boleh dilipat jadi dadu untuk tanda HP atau jumlah Osom. Terdapat dua jenis:
HP Marker A (Kad HP): Tanda nilai HP kad (20-120). Guna 2 marker jika HP lebih 120.
HP Marker B (Kiraan OSOM): Tunjuk jumlah Osom yang perlu dibuat untuk kalahkan lawan.
Kad "OSOM"
Kad untuk menyerang lawan. Letak kad secara tertutup di Zon Osom dan buka serentak. Ada 3 jenis:
Daun (🍃) menang lawan Air
Api (🔥) menang lawan Daun
Air (💧) menang lawan Api
Sebelum memulakan pertarungan Monsta Galaxy Card, pemain perlu terlebih dahulu memahami zon-zon utama yang
terdapat di Arena Galaxy Card.
ZON AKTIF :
Tempat letak kad untuk bertarung!
ZON MENANG :
Tempat simpan kad yang menang!
ZON KALAH :
Tempat untuk kad yang kalah!
DEK :
Tempat letak 30 kad utama anda dalam keadaan tertutup. Ambil kad dari sini 3 kad di tangan.
Penting: 3 Kad Osom tidak termasuk dalam Dek ini!
ZON SOKONGAN/OSOM :
Zon Osom: Letak Kad Osom secara tertutup.
Zon Sokongan: Letak Kad Sokongan atau Kad Sokongan (Kekal) untuk aktifkan.
🔥>🍃>💧>🔥
Peraturan Menang OSOM
💧 Air mengalahkan 🔥 Api
🔥 Api mengalahkan 🍃 Daun
🍃 Daun mengalahkan 💧 Air
Situasi Seri
Jika kedua-dua pemain keluarkan kad OSOM yang sama (contoh: Air vs Air), tiada siapa yang menang. Teruskan dengan OSOM kedua.
Strategi OSOM
Cuba teka pilihan lawan berdasarkan pusingan sebelum
Simpan kad OSOM yang kuat untuk pusingan penting
Perhatikan corak permainan lawan
IKON EFEK( BAHARU!!)
Ikon Efek diperkenalkan dalam Pek Champions Rise (2025) untuk memudahkan pemain tentukan turutan efek kad. Ikon Efek menunjukkan urutan atau turutan aktivasi sesuatu efek kad. Ia membantu pemain tahu efek mana yang perlu diaktifkan dahulu.
KEUTAMAAN : PERTAMA
Fungsi : Efek yang menjadikan kad tidak berkesan atau membatalkan efek kad lawan diberi keutamaan pertama.
KEUTAMAAN : KEDUA (Selepas “Efek 01”)
KEUTAMAAN : KETIGA (Selepas “Efek 02”)
⚠️ Untuk kad dari pek sebelum Champions Rise: Rujuk halaman 13-16 rulebook untuk semak Ikon Efek setiap kad dari pek lama (Cyclone Fury, Techno Breaker, Heroes Unite, dll.)
📌 Kad tanpa Ikon Efek: Guna peraturan asas - Efek pada diri sendiri dahulu, kemudian efek pada lawan.
Langkah 1 : Perlawanan Bermula
- Kocok dek kamu dan ambil 3 Kad
- Kedua-dua pemain letakkan 1 Kad Aktif secara tertutup dalam Zon Aktif
- Dedahkan kad serentak
Langkah 2 : Penanda HP
- Letakkan Penanda HP pada kad kamu dalam Zon Aktif
- HP akan berkurang apabila diserang
Langkah 3 : Kad Efek Aktif
- Jika kad kamu ada kesan, aktifkan mengikut turutan
- Jika tiada kesan, terus ke Langkah 4
- Sesetengah kesan berlaku sebelum Osom, dan ada juga semasa Osom
Langkah 4 : Tentukan Giliran
- Kedua-dua pemain pilih 1 kad Osom daripada 3 kad Osom mereka
- Letakkan secara tertutup dalam Zon Osom
- Dedahkan serentak
- Pemenang menyerang dahulu (Air kalahkan Api, Api kalahkan Daun, Daun kalahkan Air)
Langkah 5 : Kiraan HP
- ATK pemenang akan mengurangkan HP lawan
- Ulang Osom sehingga HP salah satu kad menjadi sifar
Langkah 6 : Kad Sokongan
- Selepas Osom pertama, pemain boleh guna Kad Sokongan
- Kad Sokongan menambah kesan baharu
- Kad Sokongan (Kekal) akan terus aktif sehingga digantikan
Langkah 7 : Asingkan kad Menang/Kalah
- Kad yang menang masuk ke Zon Menang
- Kad yang kalah masuk ke Zon Kalah (tertutup)
- Kad Sokongan yang telah digunakan juga masuk ke Zon Kalah
Langkah 8 : Ambil kad dari Dek
- Setiap pemain mesti ada 3 kad di tangan pada permulaan pusingan baru
- Jika kurang daripada 3, ambil kad hingga cukup 3
- Jika lebih atau sama daripada 3, hanya ambil 1 kad sahaja
Langkah 9 : Tambahan
Jika kamu tak dapat letakkan kad dalam Zon Aktif pada permulaan giliran, kamu kalah serta-merta
Ini tetap berlaku walaupun kamu ada lebih banyak kad dalam Zon Menang
Kad Bersyarat: Sesetengah kad hanya boleh diletakkan jika kamu penuhi syarat khas
Kad Sokongan (Kekal):
Kesan kad kekal walaupun pusingan sudah tamat
Maksimum 2 kad dalam satu dek
Hanya kamu boleh batalkan dengan letakkan Kad Sokongan baru
Dek Habis: Permainan diteruskan hanya dengan kad di tangan.
Kamu kalah jika tak dapat letakkan kad dalam Zon Aktif.
Buku Peraturan Lengkap
Muat turun dan Baca Peraturan Rasmi Kad Monsta Galaxy di sini:
Soalan Lazim(FAQ)
1. Bolehkah guna kad sama nama tapi dari pek berbeza?
Ya, dibenarkan! Contoh: Kad Kelkatoa Cyclone Fury dan Kad Kelkatoa Choki-Choki boleh dimasukkan dalam Dek yang sama kerana berasal dari pek berbeza.
Contoh lain: BoBoiBoy (S) Cyclone Fury dan BoBoiBoy (SR) Cyclone Fury – kedua-dua boleh guna dalam satu Dek kerana mempunyai reka bentuk, HP dan ATK yang berbeza.
2. Apa jadi bila Dek kehabisan kad?
Permainan terus berjalan. Anda tidak ambil kad tambahan dan hanya boleh main dengan kad yang ada di tangan.
PENTING: Anda kalah serta-merta jika tak boleh letak kad di Zon Aktif!
3. Boleh guna Kad Sokongan tanpa penuhi syarat?
Tidak boleh! Kad Sokongan yang tidak memenuhi syarat tidak dibenarkan dimainkan. Kad tersebut akan kekal di tangan dan tidak boleh digunakan semata-mata untuk kurangkan jumlah kad di tangan.
4. Berapa maksimum Kad Sokongan (Kekal) dalam Dek?
Maksimum 2 kad sahaja setiap Dek.
5. Boleh guna Kad Bersyarat jika kad syarat dibuang oleh efek pihak lawan?
Tidak boleh!
Contoh: BoBoiBoy Supra perlukan BoBoiBoy Solar dan Halilintar. Jika kedua-dua kad ini dibuang dari tangan oleh efek lawan sebelum pernah dimainkan di Zon Aktif, BoBoiBoy Supra tidak boleh digunakan.
Penting: Kad syarat mesti pernah diletakkan di Zon Aktif pemain sendiri.
6. Apa jadi dengan efek kad selepas pertukaran kad?
Efek kad yang belum digunakan tidak boleh digunakan oleh pemain yang terima kad selepas pertukaran.
Contoh: Kad Ying ada efek “HP +40 jika Kad Yaya di tangan”. Jika efek ini aktif sebelum pertukaran (HP jadi 140), pemain yang terima Kad Ying akan dapat kad dengan HP 140. Tapi efek tersebut tidak boleh digunakan lagi oleh pemain baru.
7. Boleh pilih Kad BoBoiBoy Fusion guna efek "Ambil kad jenis BoBoiBoy dari Dek"?
Tidak boleh! Kad BoBoiBoy Fusion adalah Kad Sokongan, bukan kad yang boleh letak di Zon Aktif.
“Kad jenis BoBoiBoy” merujuk kepada kad yang boleh dimain di Zon Aktif sahaja, kecuali efek nyatakan boleh ambil Kad Sokongan dari Dek.
8. Perbezaan "Pinjam", "Tiru" dan "Sedut"
Pinjam & Tiru: Pelaksanaan efek yang sama. Ambil efek dari kad lain, dan efek kekal pada kad tersebut.
Sedut: Hampir sama, tapi dengan perbezaan – bila sedut efek dari kad lawan, pemilik asal kehilangan efek tersebut. Ini adalah pemindahan efek, bukan sekadar meniru.
Nota: Jika Pinjam/Tiru digunakan semasa Fasa Kad Sokongan, efek hanya berkesan dalam pusingan tersebut sahaja, KECUALI efek melibatkan peningkatan HP atau ATK (ini kekal).